<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1845540671286231742\x26blogName\x3dI+lOve+My+Future+Abang+:*\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bluepinkcolour.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bluepinkcolour.blogspot.com/\x26vt\x3d-2843936257609571167', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
OBLIVIATE;
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
DREAMER
Tuesday 10 June 201402:46

heiiii.
assalammualaikum.
dah lame gua tak buka blog . naik berhabuk deh. haha gua rindu nak berblog. guess wht ? now cuti semester! omg omg! but now tinggal seminggu je. pt3 buat aku blur bengang bongok bhagai and aku nak kate aku nak pmr only. seyes lah wei . no objektif kateko. whtlah. aku on ade hati dan perasaan nak rehat. waktu form one bajet happy no exam , now i want to tell you tht i just regret wht i saying! oh pleaseelahhh. dah dah start study seha.
klah bye kaki blogger .
saya kamu!



Hey tomorrow hangout :D
Tuesday 10 December 201305:42

Bismilahirahmanirahim .
Lah tahzan .
Assalammualaikum .

hey blogger!
How nice your day today?
Woh :) I'm happy now because tomorrow'll be meet with my crush.
OMD ! Happy just like avril ! Rock and roll . :)

Btw , seha malas nak berbahasa Ingeris yang tak berape betul tuu . Haiyaaa .
Siapa crush aku ? Hahhaa adalahh . Secret laaa :)

Kbyee



I miss my STAK :)
Monday 9 December 201310:27

Bismilillahirahmanirahim :)
La tahzan :)
Assalammualaikum .

Alhamdulillah :)
see that happy faces of us ?
But it's can be . Our faith babes .
If you all , viewer my blog I just wanna say . I love you all as fine as heaven .

Saadah , she's beauty with her smile . Yes , even she always angry but she's lovely person truely .
Sakinah , she's happinest girl ever I meet . Even I always getting fightinh with her . But she I my favourite one ! Always by my beside when I cries .
Amiratasha , lucky person . Always laugh like nothing around by her . Err , but she always make me smile , smile and smile like stupid guy . wuuuuu . soryyy butt I really love you .

But , next year gonna be super damn of the year . Opsss ! nope nope . Saadah gonna move from SYSTEM and Sakinah gonna be down class . Poor of us ! This is the destiny and faith by Allah . And we must up up up and up . Never down . Because Allah have plans something good for us .

But , insha-Allah . Next to be 2015 . We will together back . Just pray of our relantionship never end . La tahzan . Allah :D

This's not lasting but it's just begin from start . THIS'S NOT THE END .

-sehazli-



Hidayah Daripada Allah SWT
Saturday 7 December 201323:53

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum :)

Allah ya Rahman.
Alhamdulillah ya Allah. Kau telah buka pintu hati aku untuk pergi jauh.
Berubah ke arah kebaikan.

Ya Allah sesungguhnya , Aku hamba yang lalai dalam solat-Mu , aku manusia yang takbur dan sombong , aku manusia yang tidak pernah tahu erti sabar.

Aku berdosa Ya Allah.

Aku takut azab api neraka-Mu.
Aku takut api yang bakal mejilat diri aku kerana banyak melakukan dosa.

Aku tak sedar.  Selama ini aku banyak berzina. Zina mulut , zina mata. Augstafirullah alazim. Kenapa aku perlu dilahirkan Ya Allah ? Padahal aku keji.

Hari ini aku telah mendapat hidayah. Dan aku akan terus berubah. Aku tak mahu menjadi manusia munafik Ya Allah.

Kau makbulkan doa aku ini Ya Allah. Ringanlah azab api neraka aku. Jauhkan ibu ayah aku dari seksa sakaratul maut dan api neraka mu.

-Amin ya rabal alamin -




Berikan Aku Cintamu (Bab 2)
Wednesday 4 December 201323:05

Sekarang! Aku dah pun berada di kampung aku. Kampung aku di Sungai Rambai, Melaka. 
Waktu petang tadi, sewaktu aku sampai disini. Aku rasa macam itik Tok Ma pandang sinis terhadap aku. Jalan pun terkedek-kedek. Aku tendang ni karang dalam kolam tu. Bukan itik boleh renang ke? Apa kau mengarut nii?
Saat aku bersalam dengan mama dan papa sebelum mereka berangkat pulang ke KL. Mama memberi nasihat padaku. “Take care darling. Jaga Tok Ma dan Tok Ayah ya. Jangan menyusahkan mereka.”
“Yelah mama papa. Dian jaga diri dan jaga Tok Ma dan Tok Ayah. Jangan risau.” 
“Jangan buat hal pula. Nanti macam- macam berlaku. Mama dan papa lama dekat sana hampir setahun mungkin.” Pesan papa pula.
Saat kereta mereka meninggalkan kediaman kampung kami, aku hanya mampu memandang. Sedihnya! Hai malang hidup aku. Aku duduk di pangkin pokok rambutan nampaknya sekarang musim buah rambutan tumbuh.
Tanpa berfikir panjang aku pun memanjat pokok. Diva-diva aku fikir aku ni tak pandai panjat pokok? . Yelah aku mungkin macam ni tapi aku pemegang sijil jambori pengakap peringkat antarabangsa di Thailand. Aku memang sukakan cabaran tidak kepada haiwan. 
Aku tak tahu kenapa. Mungkin peristiwa beberapa tahun lepas, aku kena kejar dengan itik Tok Ma? Mungkin.
Aku duduk di atas pokok rambutan ini sambil mendengar lagu dan memakan rambutan. Tiba-tiba aku dengar suara orang memanggil aku. Aku cuba mencaritapi badanaku hilang imbangan lalu jatuh dari pokok itu.
Aduh! Aku terbaring atas siapa ni? Takkanlah Tok Ayah? Patahlah tulang dia ni. Aku bukanlah ringan sangat.
Aku membuka mata lalu memandang muka orang itu. Aku mendekatkan muka aku dengan mukanya. Takkanlah dah mati? Sekali aku pandang macam Izzue Islam. Dua kali pandang macam pak cik sapu sampah dekat sekolah lama aku.
“Woii! Kau nak cium aku ke?”
Mak ai terkejut aku. Suara kemain lantang lagi.  Aku duduk lalu membetulkan posisi badanku. Wah, dah melampau sengaja menduga aku ni.
“Siapa nak cium kau. Muka macam jamban tak siap. Selisih 44 malaikatlah tak ingin aku.” Marah aku.
Yelah tadi tiba-tiba saja nak sound aku buat tak senonoh. Jahat-jahat aku tak pernah sentuh lelaki.
“Eleh aku lagi tak nak kau. Muka cantik tapi perangai kalah hantu langsuir. Yang kau pandang muka aku lama-lama tu kenapa?”
 “Huh? Yelah aku nak pastikan yang kau hidup lagi. Karang mati siap yang susah?”
Aku bangun lalu menepis segala pasir yang ada pada bajuku. 
“Angkat aku.” Jamban tak siap ni hulurkan tangannya untuk diangkat.
“Mengada kau ni. Bangunlah sendiri. Tak pun kau tunggu hantu langsuir malam ni angkat kau.” Padan muka siapa suruh kau mengata aku.
“Kau ni banyak soallah. Pinggang aku sakit kena hempap dengan kau. Kau ni harap je badan papan tapi berat macam gajah.”gumam jamban tak siap ni.
Ewah, mengumpat aku nampak lagi aku malas nak tolong kau.
“Kamu berdua buat apa dekat sini?” tanya Tok Ma. Eh sejak bila nenek aku ada ni? Buat suspen je.
“Tok Ma ni hah Fariz dapat pencuri rambutan Tok Ma.” Oh Fariz nama dia. sedap tapi perangai serupa jamban tak siap.
“Sejak bila aku mencuri? Kau ni memang nak kena cili dengan aku.” Marah aku. Siapa tak marah kalau kena tuduh mencuri.
“Ya Allah, yang kamu tuduh ni cucu aku. Augstafirullah alazim.” Terbeliak biji mata Tok Ma aku ni.  
Fariz terkedu. Aku terkejut. Fariz tahu pasal aku?
                                                














Berikan aku cintamu bab 1
Monday 25 November 201321:33

Nama aku Dian Farhana. Orang panggil aku Dian. Orang kata aku ni belagak diva tapi aku tak kisah pun semua tu. This is my life. Aku ni masih belajar, baru 17 tahun. Bak orang kata, baru setahun jagung.  Aku dibesarkan dengan keluarga yang penuh harta kekayaan.  

Bagi aku itu cara mama dan papa aku memberikan aku kasih sayang. Abang dan kakak kembar aku pula dah habis belajar dan sekrang mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. So, sekarang ni tinggal aku seorang.

Hmmmm, dalam anggaran aku dah berapa banyak duit mama dan papa habis sebab sikap boros aku. Lagipun, mama dan papa malas nak luangkan masa dengan aku. Memang aku terkilan bila aku nak buat parti birthday dengan mereka tapi mereka hanya beri aku duit? Tak apa aku dah biasa.
Hidup aku berubah 360 darjah bila mama dan papa perlu dihantar ke oversea sebab syarikat?  
Aku pula disuruh balik kampung? Oh tak sanggup aku! Kena lalu sawah kalau nak pergi sekolah. Kena bagi makan ayam itik Tok Ma dan Tok Ayah. Kena mandi dekat perigi?  

What does the hell my life after that?

“Dian mama dan papa bukan tak nak bawak Dian pergi oversea tapi cuba sayang fikir. You gonna exam this year sayang.” Itulah mama aku, Datin Dian Sara ratu segala pujuk. Sampai papa pun boleh cair. Walaupun umur mama dah 50 but she looks like 40 years old. Mama kacukan Cina Melayu memang cantik sangat.

“But mama! Dian tak suka bau busuk itik ayam kampung tu! You know me right?”

“I know you Dian. Tapi Dian dah nak exam tahun ni.” Mama membetulkan kedudukan lalu menampar manja peha papa. Membuat jelingan manja. Nak suruh pujuk aku lah tu!
Papa melipat surat khabarnya lalu diletakkan ke atas meja.

“Listen carefully, kalau Dian nak ikut jugak. Dengan satu syarat, Dian uruskan segala hal persekolahan dan cari sendiri sekolah. Papa dan mama tak nak ambil tahu pasal tu.” Tegas papa.

Huh? Tercegang aku. Mana mungkin aku uruskan segalanya. Papa dah gila!

“Mana mungkin Dian uruskan pa?"

Tapi papa buat gelengan tanda malas nak ambil tahu pasal aku.

Mama pula sibuk dengan laptopnya.

Aku dah geram aku menaiki tangga banglo kediaman kami. Aku masuk ke bilik aku lalu menghempaskan pintu bilik sebagai tanda protes.

Aku mengambil iphone5 berwarna putih kepunyaan aku lalu aku mendail no Jessy aka Jamilah. Hmmm nama popular aje tapi hakikatnya dalam IC lain beza.

“Helo Jessy, babe please datang rumah aku? Aku tensionlah. Aku ada story. Sumpah aku stress”
Tapi.. dia matikan panggilan aku? Dasar kawan tak guna. Ambil kesempatan harta aku. Benci aku!
Bagi aku inilah hari malang aku dalam hidup aku. 

Itik ayam lembu kambing? Aku rasa macam benda ala tu seru aku je. Eeeiuwww!

Aku teringat raya tahun lepas. Aku nak turun kereta nak tak nak. Kene gigit nyamuk macam kena gigit tebuan. Macam manalah hidup aku. Malang tak lepas lepas! 

Just wait Dian Farhana!



berikan aku cintamu (prolog)
21:29

Usai membaca mushaf Dian menadah tangannya dengan rendah diri memohon sesuatu daripada-Nya.

Ya Allah , kau lindungilah kami. Bantulah hambamu menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya aku lemah dalam cobaanmu ini. Amin Ya Allah.

Anak ibu... Dian mengusap kandungannya yang sudah 9 bulan. Setelah satu-satu cobaan yang diberi. Ibu rehdo menerima kehadiran kamu dalam hidup kami.

"Dian.." Hana memanggil Dian dalam keadaan sayu.

Ya rabbi Engkau berikan ketabahan pada wanita yang bernama Dian Farhana ini. Kau berikanlah dia kebahagiaan yang tidak pernah putus.

"Ya?"

"Ni aku buatkan kau susu. Minumlah kesian anak kau."

Aku tersenyum lalu mengambil susu yang telah dihulur oleh Hana.

"Terima kasih Hana. Aku banyak nenyusahkan kau. Aku janji lepas aku bersalin nanti aku akan kerja dan keluar dari sini."

Hana mengambil posisi di sebelah aku yang sedang melipat telekung. Hana kaget dengan kenyataan Dian.

"Eh kenapa nii? Kau tak menyusahkan aku pon. Lagipon kau dah macam adik beradik aku. Aku sayang kau. Aku tak boleh tengok kesedihan kau." Hana mula menitiskan airmata. Begitu juga Dian.
"Kau tahu tak? Sepanjang aku menjadi isteri kepada Syed Khuzairi aku tak pernah bahagia. Aku dihina, dicaci , dipukul dan didera. Aku terpaksa! Dalam hidup aku, hanya Rayyan aje yang aku sayang. Tapi, aku terpaksa menerima jodoh aku bukan untuk dia." Laju menitis airmata aku.

Hana memalingkan mukanya. Tak sanggup mendengar luahan hati kawan baiknya. Dian, aku yakin kau pasti mendapat kebahagiaan. Terimalah! Sesungguhnya ini hanya dugaan dari-Nya.