Berikan aku cintamu bab 1
Monday, 25 November 201321:33
Nama aku Dian Farhana. Orang panggil aku Dian. Orang kata aku ni belagak diva tapi aku tak kisah pun semua tu. This is my life. Aku ni masih belajar, baru 17 tahun. Bak orang kata, baru setahun jagung. Aku dibesarkan dengan keluarga yang penuh harta kekayaan.
Bagi aku itu cara mama dan papa aku memberikan aku kasih sayang. Abang dan kakak kembar aku pula dah habis belajar dan sekrang mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. So, sekarang ni tinggal aku seorang.
Hmmmm, dalam anggaran aku dah berapa banyak duit mama dan papa habis sebab sikap boros aku. Lagipun, mama dan papa malas nak luangkan masa dengan aku. Memang aku terkilan bila aku nak buat parti birthday dengan mereka tapi mereka hanya beri aku duit? Tak apa aku dah biasa.
Hidup aku berubah 360 darjah bila mama dan papa perlu dihantar ke oversea sebab syarikat?
Aku pula disuruh balik kampung? Oh tak sanggup aku! Kena lalu sawah kalau nak pergi sekolah. Kena bagi makan ayam itik Tok Ma dan Tok Ayah. Kena mandi dekat perigi?
What does the hell my life after that?
“Dian mama dan papa bukan tak nak bawak Dian pergi oversea tapi cuba sayang fikir. You gonna exam this year sayang.” Itulah mama aku, Datin Dian Sara ratu segala pujuk. Sampai papa pun boleh cair. Walaupun umur mama dah 50 but she looks like 40 years old. Mama kacukan Cina Melayu memang cantik sangat.
“But mama! Dian tak suka bau busuk itik ayam kampung tu! You know me right?”
“I know you Dian. Tapi Dian dah nak exam tahun ni.” Mama membetulkan kedudukan lalu menampar manja peha papa. Membuat jelingan manja. Nak suruh pujuk aku lah tu!
Papa melipat surat khabarnya lalu diletakkan ke atas meja.
“Listen carefully, kalau Dian nak ikut jugak. Dengan satu syarat, Dian uruskan segala hal persekolahan dan cari sendiri sekolah. Papa dan mama tak nak ambil tahu pasal tu.” Tegas papa.
Huh? Tercegang aku. Mana mungkin aku uruskan segalanya. Papa dah gila!
“Mana mungkin Dian uruskan pa?"
Tapi papa buat gelengan tanda malas nak ambil tahu pasal aku.
Mama pula sibuk dengan laptopnya.
Aku dah geram aku menaiki tangga banglo kediaman kami. Aku masuk ke bilik aku lalu menghempaskan pintu bilik sebagai tanda protes.
Aku mengambil iphone5 berwarna putih kepunyaan aku lalu aku mendail no Jessy aka Jamilah. Hmmm nama popular aje tapi hakikatnya dalam IC lain beza.
“Helo Jessy, babe please datang rumah aku? Aku tensionlah. Aku ada story. Sumpah aku stress”
Tapi.. dia matikan panggilan aku? Dasar kawan tak guna. Ambil kesempatan harta aku. Benci aku!
Bagi aku inilah hari malang aku dalam hidup aku.
Itik ayam lembu kambing? Aku rasa macam benda ala tu seru aku je. Eeeiuwww!
Aku teringat raya tahun lepas. Aku nak turun kereta nak tak nak. Kene gigit nyamuk macam kena gigit tebuan. Macam manalah hidup aku. Malang tak lepas lepas!
Just wait Dian Farhana!